JURNAL PENYELIDIKAN JELAI (E-ISSN: 2682-8774)
http://jelaijournal.com/ejournal/index.php/main

JELAI, Jurnal Penyelidikan Jelai, is an academic, peer-reviewed, open-access journal publishing high-quality scientific articles in the fields of education and related Social Sciences study fields. Recently was indexed by My Journal.

The journal publishes research manuscripts in the Social Sciences and educational studies which would be of interest to Malaysian and international readership. The aim of the journal is to publish high-quality manuscripts that are of international significance in terms of design and/or findings by encouraging collaboration with international teams of researchers to create special issues on these topics. Papers accepted for publication are double-blind refereed to ensure academic integrity and quality.
IPGMKTAAen-USJURNAL PENYELIDIKAN JELAI (E-ISSN: 2682-8774)2682-8774Bagaimana Anyss Naik Ke Langit?: Dari Perspektif Struktural
http://jelaijournal.com/ejournal/index.php/main/article/view/83

Faisal Tehrani antara pengarang generasi baharu yang prolifik dan aktif berkarya sehingga kini. Karya-karya yang dihasilkannya menunjukkan kelainan tersendiri dari aspek tekstual dan kontekstual seiring dengan perubahan aliran, tema, persoalan dan pemikiran yang menjadi pegangan dalam menghasilkan karyanya. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis pembinaan jati diri beiau dalam novel-novel terpilihnya. Sepanjang berkarya, beliau menghasilkan novel remaja dan novel dewasa bagi menyampaikan pemikiran, persoalan, permasalahan, mesej dan sebagainya dengan berkesan. Faisal Tehrani telah menghasilkan novel Bagaimana Anyss Naik ke Langit? yang membawa pembaharuan berbanding novel-novel terdahulunya. Kajian menunjukkan bahawa Faisal Tehrani berusaha untuk membina dan menampilkan jati diri kepengarangannya melalui teknik penceritaan, pemikiran, subjektiviti dan sensitivitinya terhadap persekitaran. Usaha dan pencapaian jati diri itu akan dapat diperkukuh melalui karya-karya yang akan dihasilkan secara berterusan bagi membuktikan jati diri dalam kepengarangannya.

Copyright (c) 2024 JURNAL PENYELIDIKAN JELAI (E-ISSN: 2682-8774)
2024-11-302024-11-30171113Creative And Critical Thinking Styles among Pre-Service Teachers in The Institutes of Teacher Education
http://jelaijournal.com/ejournal/index.php/main/article/view/81

For decades, teachers have been known to be more creative and critical in order to engage students in teaching and learning. In fact, gender plays a role in determining creative and critical thinking through their achievements, which has a big impact on educational institutions. At the same time, the need for creative and critical-thinking teachers has become a crucial phenomenon. Based on these issues, a study has been employed in three institutes of teacher education to discuss the creative and critical thinking among pre-service teachers (N = 331) in the urban area. In this study, respondents have been selected based on gender and their study programmes, which involve a Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan and Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Using inferential analysis, this study has found that the majority of young female pre-service teachers possess critical thinking styles. However, the study did not anticipate the results that creative thinkers have declined through the time spent in their teachers' training programs. Perhaps this indicates the need to prioritise the development of many young talents in creative thinking, preparing pre-service teachers for enhanced student learning in the future.

Copyright (c) 2024 JURNAL PENYELIDIKAN JELAI (E-ISSN: 2682-8774)
2024-11-302024-11-301711420Keberkesanan Pelaksanaan Video Animasi dalam Pengajaran Sejarah terhadap Pencapaian dan Sikap Murid Tingkatan 5 di SMK Seri Puteri Ipoh
http://jelaijournal.com/ejournal/index.php/main/article/view/86

Penyelidikan ini memfokuskan kepada integrasi video animasi sebagai alat bantu pembelajaran dalam konteks pengajaran Sejarah Tingkatan 5. Tujuan penyelidikan dan merumuskan rumusan masalah, memberikan landasan bagi pengkajian mendalam terhadap dampak video animasi terhadap pencapaian dan pembelajaran sejarah. Penerangan terperinci mengenai metodologi penyelidikan termasuk reka bentuk kajian, pemilihan sampel, dan prosedur pengumpulan data. Kajian ini menekankan aspek-aspek metodologi yang digunakan untuk mengumpul maklumat dari ujian pra-pasca, analisis deskriptif, dan soal selidik, memberikan kerangka kerja bagi analisis temuan yang diperolehi. Analisis data menyeluruh yang melibatkan ujian pra dan pasca. Kajian mendedahkan hasil kajian yang menunjukkan peningkatan signifikan dalam pencapaian pelajar dan memberikan gambaran tentang persepsi positif terhadap penggunaan video animasi. Kajian ini memberi tumpuan kepada penggunaan video animasi sebagai alat pembelajaran dalam mata pelajaran Sejarah, menggambarkan potensi inovatif dalam merangsang minat dan peningkatan prestasi pelajar. Keperluan untuk terus memahami dan mengevaluasi impak video animasi dalam pendidikan sejarah menjadi semakin penting dalam era teknologi dan pendidikan yang berkembang pesat. Dengan menggali lebih dalam ke dalam fenomena ini, kajian masa hadapan boleh memberikan wawasan yang lebih mendalam tentang cara-cara penggunaan video animasi dapat disempurnakan untuk mencapai hasil pembelajaran yang optimum. Implikasi praktikal dan teoretikal yang diperoleh daripada kajian ini memberikan pangkalan yang kukuh untuk peningkatan pendekatan pengajaran di bilik darjah dan merangsang minat pelajar terhadap pembelajaran sejarah. Oleh itu, penyelidikan lanjutan dalam bidang ini akan memberikan sumbangan yang signifikan kepada perkembangan pendidikan dan pembelajaran kontemporari.

Copyright (c) 2024 JURNAL PENYELIDIKAN JELAI (E-ISSN: 2682-8774)
2024-11-302024-11-301712126Persediaan dan Cabaran Melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
http://jelaijournal.com/ejournal/index.php/main/article/view/87

2024-11-302024-11-301712736Keberkesanan Kaedah Peneguhan Positif dalam Meningkatkan Prestasi Akademik dan Minat Murid terhadap Mata Pelajaran Sejarah
http://jelaijournal.com/ejournal/index.php/main/article/view/88

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan kaedah peneguhan positif dalam meningkatkan prestasi akademik dan minat murid terhadap mata pelajaran Sejarah. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kajian kuasi-eksperimen. Kajian ini telah dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kolombong yang terletak di Kota Kinabalu Sabah. Seramai 20 orang murid dipilih melalui persampelan rawak mudah yang terdiri daripada murid-murid tingkatan 3 menjadi sampel kepada kajian ini. Analisis data dijalankan secara statistik deskriftif melalui skor min ujian, peratusan dan juga kekerapan. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan terdapat peningkatan skor min ujian murid selepas ujian pra dan pasca dijalankan. Soal selidik yang dijalankan terhadap responden mendapati strategi kaedah peneguhan positif dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah disukai oleh murid tetapi kurang efektif dalam meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran Sejarah.

Copyright (c) 2024 JURNAL PENYELIDIKAN JELAI (E-ISSN: 2682-8774)
2024-11-302024-11-301713743Cabaran dan Manfaat M-Pembelajaran dalam Pendidikan
http://jelaijournal.com/ejournal/index.php/main/article/view/89

M-pembelajaran, juga dikenali sebagai pembelajaran mudah alih, ialah satu bentuk pendidikan jarak jauh yang membolehkan pelajar belajar dan mengakses kandungan pembelajaran melalui peranti elektronik peribadi seperti telefon pintar. M-pembelajaran adalah strategi pendidikan pembelajaran kendiri yang menggunakan kandungan dalam talian digital, termasuk aplikasi, interaksi sosial, permainan dan hab pendidikan. M-pembelajaran menyediakan fleksibiliti untuk belajar tanpa ada had tempat dan masa, memperkasakan pengguna untuk mengakses kandungan pada masa yang diperlukan. Contoh M-pembelajaran yang sentiasa digunakan dalam pendidikan adalah seperti Google Classroom, Youtube, WhatsApp, Telegram, Kahoot dan sebagainya. Walaupun M-pembelajaran mampu memberikan kesan yang positif kepada pendidikan namun begitu masih banyak cabaran yang perlu diatasi untuk mengaplikasikan M-pembelajaran dalam sistem pendidikan. Terdapat tiga cabaran utama dalam menggunakan M-pembelajaran iaitu cabaran kepada guru, cabaran kepada murid dan cabaran teknologi. Terdapat banyak manfaat yang akan diperolehi oleh guru dan murid sekiranya M-pembelajaran dapat dilaksanakan dengan optimum. Sebagai contoh kepada guru M-pembelajaran boleh meningkatkan kemahiran pengajaran dan profesionalisme guru. Manfaat kepada murid pula, M-pembelajaran boleh meningkatkan pencapaian murid. Cadangan penambahbaikan yang boleh dijalankan adalah guru dan murid boleh menyertai kursus pelaksanaan M-pembelajaran untuk meningkatkan kesediaan mereka dalam menggunakan M-pembelajaran. Kesimpulannya semua pihak perlu berganding bahu untuk memastikan M-pembelajaran dapat digunakan secara optimum di negara.

Copyright (c) 2024 JURNAL PENYELIDIKAN JELAI (E-ISSN: 2682-8774)
2024-12-102024-12-101714451Implication of Covid-19 Pandemic on TESL Student’s Academic Performance at Institute of Teacher Education Malaysia
http://jelaijournal.com/ejournal/index.php/main/article/view/90

COVID-19 has dramatically changed the way higher education was delivered at Institute of Teacher Education Malaysia (ITEM). The institution closure due to the pandemic has resulted in a rapid shift from face-to-face to online learning. This study aimed to investigate students’ academic performance at ITEM before and after the COVID-19 lockdown. The study essentially employed a quantitative approach based on archival research (AR) method. The investigation involved Bachelor of Teaching (PISMP) students, majoring in Teaching English as a Second Language (TESL) at 27 campuses. Sample was selected based on cluster random sampling. The academic achievement of two groups (220 face-to-face students and 220 online students) were collected. Comparison of scores, grade distribution, GPAs, and genders were made between the groups, who completed the same courses. Data were analysed descriptively and using inferential statistics of T-test, Chi-square, and Two-way ANOVA. The findings suggested that there is a significant difference in scores, grade distribution and GPAs between face-to-face and online students. The learning mode and gender were found to have a positive effect on students’ academic performance. After all, there is improvement in students’ academic performance at ITEM in online learning mode

Copyright (c) 2024 JURNAL PENYELIDIKAN JELAI (E-ISSN: 2682-8774)
2024-12-102024-12-101715265Kepentingan dan Peranan Pendidikan Sejarah dalam Membina Etos Bangsa Generasi Muda di Malaysia
http://jelaijournal.com/ejournal/index.php/main/article/view/91

Kajian ini meneliti peranan pendidikan sejarah dalam membentuk etos kebangsaan di Malaysia. Pendidikan sejarah di Malaysia bertujuan untuk menyemai rasa bangga terhadap warisan budaya yang kaya dan menggalakkan perpaduan nasional dalam kalangan pelajar. Melalui kurikulum yang berstruktur, pendidikan sejarah bukan sahaja menyampaikan pengetahuan tentang peristiwa silam tetapi juga membentuk identiti, nilai, dan pemahaman tentang perpaduan dan kepelbagaian budaya. Walau bagaimanapun, sistem pendidikan menghadapi cabaran seperti bias dalam kandungan kurikulum, akses yang tidak sama rata kepada sumber pendidikan, dan keperluan untuk menyesuaikan diri dengan perubahan global dan teknologi. Tambahan pula, peranan media dan teknologi dalam menyampaikan naratif sejarah turut memberikan kesan yang besar, dengan platform digital dan media sosial menjadi alat penting dalam pembentukan dan penyebaran naratif sejarah. Etika dan ketulenan dalam representasi sejarah kekal sebagai isu penting, menuntut literasi digital dan sejarah yang kukuh untuk memastikan penglibatan yang bermaklumat dan bertanggungjawab. Kajian ini menekankan kepentingan pendidikan sejarah dalam membina masyarakat yang inklusif dan harmoni, serta mencadangkan keperluan untuk inovasi berterusan dalam pendekatan pengajaran sejarah bagi memenuhi keperluan dunia yang semakin kompleks dan saling berkaitan.

Copyright (c) 2024 JURNAL PENYELIDIKAN JELAI (E-ISSN: 2682-8774)
2024-11-302024-11-301716671