JURNAL PENYELIDIKAN JELAI (E-ISSN: 2682-8774)
https://jelaijournal.com/ejournal/index.php/main

JELAI, Jurnal Penyelidikan Jelai, is an academic, peer-reviewed, open-access journal publishing high-quality scientific articles in the fields of education and related Social Sciences study fields. Recently was indexed by My Journal.

The journal publishes research manuscripts in the Social Sciences and educational studies which would be of interest to Malaysian and international readership. The aim of the journal is to publish high-quality manuscripts that are of international significance in terms of design and/or findings by encouraging collaboration with international teams of researchers to create special issues on these topics. Papers accepted for publication are double-blind refereed to ensure academic integrity and quality.
IPGKTAAen-USJURNAL PENYELIDIKAN JELAI (E-ISSN: 2682-8774)2682-8774Kesediaan Guru dalam Melaksanakan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA)
https://jelaijournal.com/ejournal/index.php/main/article/view/70

Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada guru-guru yang mengajar di SJKC daerah Raub, Pahang berkenaan tahap pengetahuan guru dalam melaksanakan UASA. Kajian berasaskan tinjauan ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen pengumpulan data. Data yang dikumpul daripada 71 responden telah dianalisis menggunakan analisis deskriptif untuk menentukan min dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesediaan guru di SJKC untuk melaksanakan UASA dari segi pengetahuan dan kemahiran berada pada tahap yang tinggi. Kajian ini penting untuk semua pihak yang terlibat bagi memastikan pelaksanaan UASA yang berkesan dan memberi impak yang positif kepada guru dan pelajar.

Copyright (c) 2023 JURNAL PENYELIDIKAN JELAI (E-ISSN: 2682-8774)
2023-12-112023-12-11161Penglibatan dan Cabaran Ibu Bapa Kelompok B40 dalam Pelaksanaan Program Literasi dan Numerasi (PLaN) di Daerah Lahad Datu
https://jelaijournal.com/ejournal/index.php/main/article/view/75

PLaN diperkenalkan di Malaysia dengan tujuan untuk memastikan bahawa murid mencapai sekurang-kurangnya tahap penguasaan (TP) 3 dalam subjek Bahasa Melayu. Namun demikian, masih ramai murid yang belum mencapai TP 3 dalam subjek Bahasa Melayu. Pelaksanaan PLaN melibatkan ibu bapa sebagai salah satu pihak utama yang bertanggungjawab untuk memastikan keberkesanan program tersebut. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan adalah untuk meneroka cabaran ibu bapa dalam pelaksanaan PLaN. Kajian kes ini dijalankan di salah sebuah kawasan pedalaman daerah Lahad Datu, Sabah. Kajian ini dijalankan dengan pendekatan kualitatif sebagai pendekatan kajian. Kajian ini berkepentingan untuk membantu pihak berwajib menyedari kelemahan yang terdapat dalam program yang mereka laksanakan. Hal ini sangat diperlukan agar tambah baik program boleh dilakukan.

Copyright (c) 2023 JURNAL PENYELIDIKAN JELAI (E-ISSN: 2682-8774)
2023-12-112023-12-11161Persepsi dan Motivasi Murid Sekolah Menengah terhadap Penggunaan Bahan Digital dalam Pembelajaran Bahasa Melayu
https://jelaijournal.com/ejournal/index.php/main/article/view/62

Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti tahap persepsi dan motivasi murid sekolah menengah terhadap penggunaan bahan digital dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Kajian ini berlandaskan Teori Tindakan Bersebab (TRA) telah menggunakan pendekatan kuantitatif sepenuhnya yang berasaskan reka bentuk tinjauan. Instrumen soal selidik dipilih sebagai instrumen utama kajian ini dengan julat kebolehpercayaan instrumen 0.959. Kajian ini telah melibatkan 300 orang murid dari tiga buah sekolah menengah di kawasan Kapit, Sarawak sebagai sampel kajian yang dipilih dengan menggunakan teknik persampelan rawak mudah. Data dianalisis dengan statistik deskriptif dan inferensi seperti Ujian Chi Kuasa Dua yang menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for Social Science version). Dapatan kajian mendapati bahawa tahap persepsi dan motivasi murid adalah tinggi terhadap penggunaan bahan digital dalam pembelajaran Bahasa Melayu iaitu 3.81 skor min bagi tahap persepsi dan 3.88 bagi tahap motivasi. Dapatan ini membuktikan bahawa kajian yang dijalankan ini penting sebagai panduan kepada guru dalam memilih bahan bantu mengajar yang sesuai dengan keperluan murid dengan memanfaatkan penggunaan teknologi agar proses pengajaran menjadi lebih bermakna dan menyeronokkan.

Copyright (c) 2023 JURNAL PENYELIDIKAN JELAI (E-ISSN: 2682-8774)
2023-12-062023-12-06161Analisis Perbandingan Pelaksanaan Pendidikan Karakter di Sekolah Rendah Singapura, Jepun dan Malaysia.
https://jelaijournal.com/ejournal/index.php/main/article/view/77

Pendidikan karakter menggambarkan fenomena yang sukar untuk dijelaskan kerana melibatkan ruang lingkup matlamat output, strategi pedagogi dan orientasi falsafah serta bergantung kepada latar belakang sosial yang sangat luas (Bernal, 2018). Kajian ini dilaksanakan bagi melihat perbandingan pelaksanaan pendidikan karakter di Singapura, Jepun dan Malaysia bertujuan mengenalpasti elemen yang dapat diterapkan dalam merencana pendidikan karakter untuk diaplikasi di sekolah. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif. Dapatan kajian diperoleh menggunakan pendekatan kajian perpustakaan meliputi maklumat polisi kerajaan, kurikulum serta pelaksanaan pendidikan karakter di Singapura, Jepun dan Malaysia. Analisis dapatan kajian secara analisis kandungan mendapati ketiga-tiga buah negara meletakan matlamat pembentukan karakter sebagai salah satu tunjang utama pendidikan. Namun, terdapat perbezaan dari sudut kandungan, interpretasi karakter serta kaedah pelaksanaan yang dijalankan. Singapura melaksanakan pendidikan karakter dengan menggunakan kerangka silibus karakter dan kewarganegaraan (CCE), Jepun pula membangunkan pendidikan moral (doutoku) serta penerapan pembentukan karakter menggunakan pendekatan kurikulum tersembunyi, pendidikan pembentukan karakter diserap melalui rutin harian di sekolah sejak awal usia kanak-kanak. Manakala, Malaysia melaksanakan beberapa program yang bersifat rentas kurikulum dan lebih menekankan kepada nilai. Hal ini adalah seperti pelaksanaan modul exampler pendidikan sivik, modul karakter dan nilai dalam Pendidikan Islam, serta program Sekolahku Sejahtera. Satu elemen utama pendidikan karakter yang perlu diberi perhatian adalah pelaksanaan yang tidak menjurus kepada indoktrinasi tetapi bersifat berterusan menerusi penerapan budaya, pengalaman sebenar, dan penglibatan aktif murid.

Copyright (c) 2023 JURNAL PENYELIDIKAN JELAI (E-ISSN: 2682-8774)
2023-12-112023-12-11161Amalan Pedagogi Guru Bahasa Melayu dalam Mengaplikasi Bahan Digital
https://jelaijournal.com/ejournal/index.php/main/article/view/57

Menurut Sukmana dan Erwin (2020), digitallisasi adalah proses media dari bentuk bercetak, audio, mahupun video menjadi bentuk digital. Teknologi maklumat dan komunikasi yang digunakan dalam pendidikan kini telah berkembang dengan pesat. Selari dengan perkembangan ini, kemajuan dalam teknologi mempengaruhi kaedah pembelajaran. Perkembangan sistem internet dan teknologi maklumat di seluruh dunia telah memberikan satu alternatif dalam bidang pendidikan mengikut peredaran zaman. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meneroka dan menganalisa kemampuan dan minat guru bahasa Melayu sekolah rendah dalam mengaplikasi bahan digital dalam pengajaran bagi mendepani era pendigitalan. Kajian ini dijalankan menggunakan rekabentuk kualitatif dengan pendekatan deskriptif naratif. Seramai lima orang guru telah dipilih sebagai peserta kajian mengikut peringkat perkembangan guru Trotter 1986. Peserta kajian dipilih dari tiga buah sekolah rendah di daerah Raub, Pahang. Instrument kajian yang digunakan ialah temu bual dengan peserta kajian, pemerhatian sesi pengajaran dan pembelajaran serta analisis dokumen dilakukan sebagai menyokong dapatan. Data dianalisa secara naratif dengan mengekod dan menentukan tema dan sub tema. Hasil dapatan kajian menunjukkan seramai empat orang peserta kajian mengaplikasi bahan digital sebagai amalan terbaik pedagogi dalam pengajaran bahasa Melayu. Manakala seorang peserta kajian tidak menjadikan aplikasi digital sebagai amalan terbaik pedagogi beliau dan menggunakan kaedah konvensional yang dirasakan lebih berkesan dalam pengajaran bahasa Melayu. Implikasi kajian ini dapat memberi impak yang besar kepada tiga pihak yang berkepentingan iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), guru dan murid.

Copyright (c) 2023 JURNAL PENYELIDIKAN JELAI (E-ISSN: 2682-8774)
2023-12-062023-12-06161Tinjauan Pelaksanaan Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) di IPG
https://jelaijournal.com/ejournal/index.php/main/article/view/64

Pembelajaran bermakna adalah pendekatan pembelajaran berpusatkan pelajar dan dilaksanakan di IPGM sejak tahun 2019. Para pensyarah beberapa kursus perlu merangkai dan merungkai maklumat kursus untuk mendapatkan idea utama penghasilan projek. Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna memberi peluang pelajar meneroka pengetahuan dan pelbagai kemahiran secara merentas kurikulum yang menjadikan pembelajaran lebih bermakna dan menyerorokkan. Kajian ini dijalankan bagi mendapatkan maklum balas pelajar setelah pelaksanaan pembelajaran bermakna dijalankan. Maklum balas ini meliputi aspek perancangan, semasa proses pelaksanaan dan penilaian atau refleksi hasil projek. Kajian tinjauan ini dijalankan ke atas 237 orang pelajar IPGK Tengku Ampuan Afzan dengan menggunakan soal selidik dalam aplikasi google form. Data kajian dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science versi 26.0. Dapatan kajian menunjukkan keseluruhan item yang dikaji mendapat maklum balas yang positif. Aspek perancangan pembelajaran bermakna menunjukkan min 4.00, proses pelaksanaan pembelajaran bermakna pada min 4.10 dan refleksi pembelajaran bermakna pada min 4.22. Implikasi kajian ini terhadap pelaksanaan aktiviti pembelajaran bermakna adalah ia sangat sesuai dan relevan dengan perkembangan trend pembelajaran pelajar masa kini bagi mencapai pembelajaran yang berpusatkan pelajar secara aktif dan bermakna.

Copyright (c) 2023 JURNAL PENYELIDIKAN JELAI (E-ISSN: 2682-8774)
2023-12-062023-12-06161Pengetahuan dan Kemahiran Guru Bahasa Melayu di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di Negeri Pahang terhadap Pengajaran Secara Digital
https://jelaijournal.com/ejournal/index.php/main/article/view/60

Kajian ini dijalankan adalah untuk mencapai objektif meneroka pengetahuan dan kemahiran guru bahasa Melayu di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di negeri Pahang terhadap pengajaran secara digital. Justeru, bagi mencapai objektif dan menjawab persoalan kajian, reka bentuk kajian tinjauan dengan pendekatan kualitatif dipilih bagi meneroka pengetahuan dan kemahiran guru terhadap pengajaran secara digital. Seterusnya, data primer dipungut melalui temu bual semi berstruktur antara pengkaji dengan peserta kajian (PK) menggunakan persampelan bertujuan. PK yang dipilih adalah dalam kalangan guru bahasa Melayu daripada enam buah sekolah menengah jenis Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di Pahang. Pemilihan PK juga adalah berdasarkan lima kategori guru peringkat perkembangan dan profesionalisme oleh Trotter (1986). Setelah temu bual ditranskripsikan, data dianalisis dengan cara mengekod dan menentukan tema-tema yang berkaitan berbantukan perisian QSR Nvivo 10. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengetahuan dan kemahiran guru bahasa Melayu di SABK terhadap pengajaran secara digital adalah sangat baik. Implikasi dapatan kajian ini menunjukkan para guru bahasa Melayu di SABK sudah siap siaga untuk melakukan transformasi dalam pengajaran jika dasar pendigitalan pendidikan kebangsaan dilaksanakan sepenuhnya kelak.

Copyright (c) 2023 JURNAL PENYELIDIKAN JELAI (E-ISSN: 2682-8774)
2023-12-062023-12-06161Meningkatkan Kemahiran Menulis Jawi dalam Kalangan Pelajar Kolej Komuniti Chenderoh dengan Menggunakan Kaedah Mananiyah
https://jelaijournal.com/ejournal/index.php/main/article/view/37

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menulis jawi dalam kalangan pelajar kolej komuniti dengan menggunakan tiga langkah ajaib dalam Kaedah Mananiyah. Berdasarkan ujian pra kemahiran menulis jawi yang dijalankan hampir 60 peratus dalam kalangan pelajar Kolej Komuniti Chenderoh yang tidak boleh membaca dan menulis tulisan jawi dengan baik dan lancar bahkan ada yang langsung tidak boleh membaca dan menulis jawi sekaligus mereka tidak boleh membaca al-Quran dengan baik. Kaedah Mananiyah dipilih oleh pengkaji kerana kaedah ini mempunyai beberapa kaedah yang mudah dan sesuai untuk semua peringkat. Untuk kajian ini, pengkaji hanya menfokuskan teknik gantian abjad rumi ke jawi dan tiga tingkah langkah ajaib sahaja untuk kemahiran asas tulisan jawi. Responden kajian ini adalah seramai 30 orang pelajar Kolej Komuniti Chenderoh yang mengambil kursus Modul Pendidikan Islam. Kaedah kajian yang digunakan ialah ujian pra dan ujian pasca merangkumi soalan kemahiran menukar dari huruf rumi kepada huruf jawi, ujian kemahiran mengubah kedudukan asal huruf tersebut dari kiri ke kanan kepada kanan ke kiri dan ujian kemahiran mencantum huruf jawi dengan betul supaya membentuk satu perkataan. Hasil kajian menunjukkan perbezaan nilai purata di antara Ujian Pra dan Pos. Nilai purata bagi Ujian Pra adalah 39.7 manakala nilai purata bagi Ujian Pos adalah 95.8. Perbezaannya adalah sebanyak 56.1. Dapatan ini jelas menunjukkan bahawa selepas pelajar menggunakan tiga langkah ajaib dalam Kaedah Mananiyah, pelajar dapat menguasai tulisan jawi dengan baik. Oleh itu, objektif bagi kajian ini adalah tercapai dan boleh diperluaskan penggunaannya kepada pelajar yang lain.

Copyright (c) 2023 JURNAL PENYELIDIKAN JELAI (E-ISSN: 2682-8774)
2023-11-302023-11-30161Penilaian Pelaksanaan Pengajaran Guru Sains Mengintegrasikan KBAT Berasaskan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
https://jelaijournal.com/ejournal/index.php/main/article/view/66

Kajian ini bertujuan untuk menilai pelaksanaan pengajaran guru Sains sekolah rendah menerusi pengintergrasian Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) berasaskan KSSR. Kajian ini melibatkan guru-guru Sains di Negeri Perak. Komponen berfikir aras tinggi seperti kemahiran banding beza, kemahiran menyusun urutan, kemahiran membuat ramalan, kemahiran membuat definasi dan kemahiran mencipta anologi yang di lihat dalam tiga komponen utama refleksi objektif iaitu refleksi kendiri, refleksi penetapan matlamat dan penilaian keberkesanan refleksi dipilih sebagai kerangka konseptual kajian. Kajian ini menggunakan analisis deskriptif (melalui instrumen soal selidik). Kesemua instrumen pengutipan data ini dibina oleh pengkaji dengan pengubahsuaian daripada instrument KBAT Kementerian Pendidikan Malaysia dan pakar yang terlibat serta kandungannya disahkan oleh panel rujukan pakar. Tahap nilai kebolehpercayaan alfa Cronbach yang diperoleh adalah tinggi iaitu antara (0.82173). Seramai 402 orang guru Sains dipilih secara rawak mudah untuk menjawab instrumen soal selidik. Data kajian di analisis secara deskriptif menggunakan frenkuasi dan peratusan min. Secara keseluruhannya, hasil kajian penilaian pengajaran di dalam mengintergrasikan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) adalah berada pada tahap tinggi menerusi min bagi keseluruhan (4.43) dan berdasarkan komponen penilaian pengajaran yang terdiri daripada perancangan penilaian yang mencatatkan min (4.45), kandungan bahan penilaian yang mencatatkan min (4.44) dan proses penilaian yang mencatatkan min (4.40). Implikasi dan cadangan yang dikemukakan dapat memberi gambaran yang bermanfaat kepada kementerian, sekolah, guru dan masyarakat di dalam meningkatkan tahap pengajaran guru sains berdasarkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) seperti yang dihasratkan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025.

Copyright (c) 2023 JURNAL PENYELIDIKAN JELAI (E-ISSN: 2682-8774)
2023-11-302023-11-30161