Persepsi Guru Pelatih Pendidikan Awal Kanak-Kanak Terhadap Strategi Belajar Melalui Bermain di Prasekolah Terhadap Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak

Authors

  • Roselita Ali@Yusof IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang
  • Roshdi Said Kolej Vokasional Sultan Hj.Ahmad Shah
  • Redzuan Radzi IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang

Keywords:

Belajar Melalui Bermain, guru pelatih, Pendidikan Awal Kanak-Kanak, prasekolah, perkembangan kognitif

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti   persepsi guru pelatih tentang ciri, nilai dan integrasi strategi Belajar Melalui Bermain (BMB) terhadap perkembangan kogntif  kanak-kanak prasekolah. Kajian ini  dijalankan menggunakan reka bentuk   kaedah kualitatif dengan menggunakan soalan temubual berstrukur, pemerhatian  dan senarai semak strategi Belajar Melalui Bermain. Seramai 3 orang guru pelatih yang telah menjalani praktikum dari bidang pengkhususan PAKK, Institut Pendidikan Guru menjadi sampel kajian ini.  Analisis data temubual dilakukan menggunakan kaedah hermeneutik yang berbentuk interpretasi teks. Dapatan kajian ini menunjukkan ketiga-tiga guru pelatih ini mengetahui tentang ciri, nilai dan integrasi strategi (BMB) untuk dijalankan di prasekolah. Dapatan kajian ini diharapkan dapat memberi memberi maklumat yang holistik, spesifik pengesanan berdasarkan strategi (BMB) di prasekolah. Diharapkan juga agar ianya dapat membantu  pihak sekolah, PPD, JPN dan kementerian serta NGO dalam merancang sumbangan, kursus, program  yang menarik, sesuai dan efisien kepada guru prasekolah, seterusnya hasilnya juga kepada kanak-kanak.

Downloads

Published

30-11-2021