Keberkesanan Pelaksanaan Pentaksiran Akhir Melalui Google Classroom di IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan

Authors

  • Yusri Yusoff IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang
  • Wan Azlan Wan Adnan IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang
  • Rozilawaty Abdul Ghani IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang

Keywords:

Pentaksiran Akhir, Google Classroom, Keberkesanan, Pembelajaran atas talian, Model Stufflebeam (CIPP)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meninjau keberkesanan pelaksanaan pentaksiran akhir melalui medium Google Classroom di Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan. Kajian ini melibatkan seramai 70 orang responden dalam kalangan pensyarah dan 402 responden dalam kalangan pelajar IPGKTAA. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap keberkesanan, aspek kekuatan dan kelemahan serta mengenal pasti aspek penambahbaikan penggunaan Google Classroom sebagai pelantar pentaksiran akhir. Kajian ini mengadaptasi Model penilaian CIPP (Context, Input, Process & Product) oleh Stufflebeam (1971). Model CIPP mengandungi dimensi Konteks, Input, Proses dan Produk. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) for Window. Analisis kajian dinyatakan dalam bentuk kekerapan, peratus dan min. Hasil kajian mendapati para pensyarah dan pelajar IPGKTAA bersetuju terhadap keberkesanan pelaksanaan pentaksiran akhir melalui medium Google Classroom. Ini dilihat apabila skor min keseluruhan bagi keberkesanan konteks, keberkesanan input dan proses adalah tinggi dan sangat tinggi iaitu antara 4.17 dan 4.34. Antara aspek penambahbaikan yang dicadangkan pula ialah ialah menambah baik sistem/prosedur keselamatan, memberi tambahan masa bagi proses menjawab dan menghantar buku jawapan serta menggunakan budi bicara berkaitan masalah capaian internet. Menambah baik alat (tools) bagi memudahkan penandaan (marking) serta memudahkan prosedur penandaan luar talian (off line) kepada para pensyarah.

Downloads

Published

30-11-2021