Pengaplikasian Alatan Digital Dalam Kalangan Guru TS25 Negeri Pahang
Keywords:
alatan digital, pembelajaran aktif, program TS25Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sejauh mana tahap pengaplikasian alatan digital dalam kalangan guru sekolah-sekolah Program TS25 di negeri Pahang dan keaktifan murid menggunakan peralatan digital dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif berbentuk tinjauan menggunakan instrumen soal selidik yang melibatkan 700 orang guru sebagai sampel kajian. Tahap pengaplikasian alatan digital guru diukur dari aspek kemahiran dan pengetahuan guru menggunakan pelbagai alatan digital sebagai alat pengurusan pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini juga meninjau setakat mana guru-guru di sekolah Program TS25 mengintegrasikan peralatan digital sebagai alat pembangunan pembelajaran dan persediaan pengajaran. Kajian ini mendapati pengaplikasi alatan digital secara keseluruhan pada min=3.01. Aplikasi empat alatan digital Quizizz min=3.04, Google Classroom min=2.68 , Padlet nilai min=2.43 dan Blendspace nilai min=2.28. Terdapat hubungan yang positif antara pengaplikasian alatan digital dengan keaktifan murid dalam aktiviti bilik darjah dengan nilai (r=700, p=0.000) p<0.05 . Secara keseluruhannya terdapat hubungan tinggi antara penggunaan alatan digital dengan keaktifan murid. Pengaplikasian alatan digital merupakan perkara penting untuk dalam amalan terbaik pengajaran dan pembelajaran di sekolah Program TS25.