Analisis Fungsi Penanda Wacana dalam Penulisan Kerja Kursus Pelajar PPISMP Bahasa Melayu

Authors

  • Nor Asiah Ismail IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang
  • A Jailani Che Abas IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang
  • Dzulkarnain Mat IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang
  • Mohd Asri Abd Razak IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang
  • Mohd Nor Mohamed IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang

Keywords:

penanda wacana, koheren, kohesi, penulisan, kerja kursus

Abstract

Kajian ini dilaksanakan untuk menganalisis fungsi penanda wacana dalam penulisan kerja kursus pelajar PPISMP Bahasa Melayu. Model Fungsi Tautan Pindaan Sanat Md. Nasir digunakan dalam kajian ini bagi melihat fungsi penanda wacana dari tiga aspek utama, iaitu tautan penghubung ayat, tautan perulangan dan tautan kolokasi. Kajian ini perlu dijalankan berdasarkan masalah penggunaan penanda wacana dalam penulisan kerja kursus pelajar PPISMP ambilan Jun 2019. Penanda wacana perlu digunakan dengan tepat dari aspek koheren dan kohesi. Reka bentuk kajian ini ialah analisis dokumen kerja kursus pelajar PPISMP. Sampel kajian yang digunakan ialah 10 skrip kerja kursus BMM1064 Sintaksis Bahasa Melayu. Pemilihan sampel menggunakan rawak bertujuan. Instrumen kajian yang digunakan ialah senarai semak penulisan kerja kursus. Dapatan kajian menunjukkan fungsi penanda wacana yang paling kerap digunakan oleh pelajar PPISMP ialah tautan penghubung ayat dan tautan perulangan. Pelajar PPISMP perlu diberi pendedahan dalam bentuk kursus dan bengkel untuk memantapkan penggunaan tautan kolokasi yang jarang digunakan.

Downloads

Published

30-11-2020