Budaya Professional Learning Community (PLC) di SMK Kerambit, Kuala Lipis di bawah Program Sekolah TS25

Authors

  • Nor Asiah Ismail IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang
  • Syed Zulkarnain Syed Mahamud IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang

Keywords:

PLC, TS25, Proses PLC, Strategi PLC

Abstract

Kajian ini menyingkap amalan budaya Professional Learning Community (PLC) dalam kalangan guru dan staf SMK Kerambit,Kuala Lipis, Pahang. Budaya PLC perlu diterapkan secara maksimum di SMK Kerambit lantaran terdapat sembilan orang guru yang mempunyai pengalaman mengajar kurang daripada lima tahun serta bukan opsyen dalam mata pelajaran Fizik, Matematik Tambahan, Bahasa Inggeris, Sains, Bahasa Melayu, Reka Bentuk Teknologi (RBT) dan Asas Seni Kreatif (ASK). Tiga objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti program PLC yang dapat memupuk budaya perkongsian intelektual antara guru di SMK Kerambit, menerangkan proses PLC yang dilaksanakan oleh guru-guru di SMK Kerambit dan menghuraikan strategi PLC yang diamalkan oleh staf di SMK Kerambit. Kajian ini menggunakan kaedah kajian lapangan dengan menggunakan enam orang sampel yang mempunyai pengalaman mengajar kurang daripada lima tahun. Enam orang sampel kajian ini diberikan enam soalan temu bual setiap orang bagi menjawab objektif satu. Bagi menjawab objektif kedua pula, borang senarai semak dibuat untuk melihat proses pelaksanaan PLC. Objektif ketiga pula dilaksanakan melalui semakan brosur dan pelan strategi TS25 sekolah. Objektif satu menunjukkan setiap panitia menetapkan program PLC secara CPD diadakan dua kali sebulan. Proses pelaksanaan PLC melalui peringkat perancangan, pelaksanaan, penilaian dan tindakan dibuat dengan tepat. Strategi yang menjadi budaya semua guru ialah learning walks, bimbingan rakan sebaya, dan lesson study. Budaya PLC menjadi amalan yang cemerlang dalam kalangan guru dan staf SMK Kerambit sekali gus meningkatkan prestasi akademik dan kokurikulum daerah Lipis.

Downloads

Published

30-11-2020