Amalan dan Pengupayaan Pengajaran Abad 21 dalam Kalangan Guru Bahasa Melayu Sekolah Menengah di Daerah Kuala Lipis, Pahang

Authors

  • Fauzi Hasan IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang
  • Mohd Asri Abd Razak IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang
  • Dzulkarnain Mat IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang
  • Mohd Nor Mohamed IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang
  • Aminuddin Mohamed IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang

Keywords:

Bahasa Melayu, pengajaran abad 21, pedagogi, pengupayaan, autonomi

Abstract

Subjek Bahasa Melayu merupakan mata pelajaran yang paling penting dalam pendidikan sama ada di sekolah rendah dan menengah. Lantaran itu, guru yang mengajar bahasa Melayu perlu mempunyai pengetahuan luas dalam bahasa Melayu dan kemahiran pedagogi bagi menyampaikan pengajaran dengan lebih berkesan. Dalam meniti abad ke-21, kemahiran pedagogi seseorang guru perlu memiliki kemahiran pembelajaran dan inovasi, kemahiran maklumat, media dan teknologi, dan kemahiran hidup. Diperingkat amalan pula, sekolah yang berjaya merealisasikan pembelajaran abad ke-21 adalah disebabkan wujudnya pengupayaan dan autonomi guru untuk mencipta pembelajaran yang lebih inovatif dan kreatif. Pengupayaan guru harus diterapkan dalam organisasi sekolah supaya guru dapat mengembangkan kecekapan untuk meningkatkan pengembangan profesional mereka dan dapat menyelesaikan masalah dalam amalan harian mereka terutamanya dalam proses PdPc. Hal ini membolehkan guru merasakan mereka menerima autonomi ke atas tugas mereka dan sekali gus menentang kawalan yang mengganggu kerja mereka sendiri. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap amalan, masalah dan pengupayaan pengajaran abad 21 dalam kalangan guru bahasa Melayu di sekolah-sekolah menengah di Daerah Kuala Lipis. Kajian ini dijalankan secara kualitatif dan kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik dan temu bual dengan guru-guru bahasa Melayu yang terpilih. Dapatan kajian ini dapat membantu pihak-pihak tertentu untuk membantu guru-guru bahasa Melayu melaksanakan pengajaran abad 21 dengan lebih berkesan dan berterusan bagi meningkatkan prestasi bahasa Melayu.

Downloads

Published

30-11-2020