Tahap dan Amalan Bacaan Al-Quran dalam Kalangan Staf Bukan Akademik Institut Pendidikan Guru Kampus
Keywords:
Amalan, IPGK, Bacaan Al-QuranAbstract
Amalan membaca al-Quran perlu diutamakan dalam kehidupan setiap muslim. Pelbagai cara berkaitan dengan pelaksanaan diamalkan sama ada secara berterusan atau masa-masa yang tertentu. Oleh itu kajian ini bertujuan untuk menilai tahap pengetahuan staf bukan akademik di sebuah Institut Pendidikan Guru Kampus (IPGK) dan amalan mereka. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui kaedah tinjauan deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan lebih 80% responden mempunyai kefahaman yang baik dan mengamalkan bacaan al-Quran dalam kehidupan mereka seharian.