Kajian Pelaksanaan Model Pembelajaran Trialogikal bagi Pembelajaran Bermakna di Institusi Pendidikan Tinggi : Kes di Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Pahang

Authors

  • Sien Biang Wong IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang
  • Mee Lee Chun IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang
  • Kam Chai Tan IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang

Keywords:

Pedagogi Baharu, Pembelajaran Trialogikal, Pembelajaran Bermakna, Kemahiran 6C

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji amalan pembelajaran Model Pembelajaran Trilogikal di kalangan peserta PISMP ambilan Jun 2016 (Kumpulan BCN) di Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan. Dalam kajian ini, strategi pengajaran dan pembelajaran Model Pembelajaran Trialogikal diamalkan bagi memupuk kemahiran 6 C Pembelajaran Bermakna (Deep Learning) diteliti dengan mendalam secara kualitatif. Peserta kajian ini merupakan 19 orang pelajar dari kumpulan Pengajian Cina. Peserta dikehendaki mengaplikasikan model pembelajaran trialogikal untuk merekacipta produk digital berasaskan masalah bilik darjah yang sebenar. Kaedah analisis dokumen dan temubual digunakan untuk mengumpul data. Pensyarah yang mengajar kursus “Inovasi Digital dalam Pengajaran dan Pembelajaran” merupakan pengkaji, catatan refleksi peserta dan transkrip temubual dianalisis untuk meneroka amalan terbaik dalam pelaksanaan Model Pembelajaran Trialogikal demi pembelajaran bermakna. Didapati bahawa terdapat 6 amalan terbaik dari sudut pandangan peserta, iaitu (1) Perbincangan dan berinteraksi (2) Pengetahuan & kemahiran Teknologi Digital (3) Rujukan Pakar (4) Perkongsian Sumber (5) Rujukan Sample (6) Penerokaan secara individu. Berdasarkan dapatan ini, dicadangkan bahawa peluang yang membincang dan berinteraksi, sama ada atas talian atau bawah talian perlu dititik berat. Disamping itu, untuk memanfaatkan pelaksanaan Model Pembelajaran Trialogikal dan Pembelajaran Bermakna, pendedahan kepada pengetahuan dan kemahiran teknologi digital perlu dipertingkatkan. Kajian ini juga membawa implikasi bahawa walaupun penerokaan secara individu atau membuat renungan secara monoligik boleh mendapat pengetahuan, tetapi membuat perbincangan secara dialogik dan membuat perbincangan secara trialogik melibatkan platfom perantaraan digital adalah lebih berkesan. Pengajaran dan pembelajaran pada abad ke 21 ini, bukan sahaja perlu beranjak dari pengajaran satu hala ke dua hala, tetapi perlu dipertingkatkan hingga ke tahap yang lebih tinggi dan lebih bermakna dengan memanfaatkan penggunaan alat-alat digital.

Downloads

Published

30-11-2020