Pengaplikasian KBAT Dalam PdPc: Kesediaan, Pengetahuan dan Amalan Semasa Praktikum dalam Kalangan Pelajar PISMP

Authors

  • Nooriza Kassim IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang
  • Nur Akmar Mohd Yusof IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang
  • Latifah Mohd Razali IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang

Keywords:

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), Praktikum, Kesediaan, Pengetahuan, Amalan

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meneroka pengetahuan, kesediaan dan pengaplikasian kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam pengajaran dan pembelajaran semasa pelajar menjalani praktikum Fasa I. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berbentuk penerokaan melalui kaedah hermeneutik, temu bual dan analisis dokumen. Kaedah hermeneutik dalam kajian ini menggunakan soal selidik berbentuk soalan terbuka dan analisis dokumen yang melibatkan 23 Rancangan Pengajaran Harian. Peserta kajian terdiri daripada pelajar PISMP Semester 5 di mana 35 orang terlibat dalam menjawab soal selidik dan 7 orang terlibat dalam temu bual semi berstruktur. Pemilihan perserta kajian adalah berdasarkan persampelan bertujuan. Data soalan soal selidik berbentuk soalan terbuka dianalisis menggunakan kaedah hermeneutik yang berbentuk interpretasi teks dan data temu bual dianalisis menggunakan analisis tematik bagi mengeluarkan tema-tema berkaitan dengan pengetahuan, kesediaan, amalan pengaplikasian dan keperluan KBAT. Hasil kajian mendapati bahawa pelajar mempunyai pengetahuan tentang KBAT di mana mereka boleh mendefiniskan KBAT dan menyatakan elemen KBAT dalam perancangan dan aktiviti pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc). Sebahagian besar pelajar mempunyai kesediaan untuk mengaplikasikan KBAT semasa praktikum. Dari aspek amalan, pelajar menunjukkan amalan aplikasi KBAT melalui penulisan rancangan pengajaran harian dan penerapan KBAT dijalankan melalui pelbagai aktiviti PdPc, penggunaan alat berfikir, teknik penyoalan, aktiviti penilaian, penggunaan bahan konkrit, melalui strategi PdP dan penerapan elemen KBAT berdasarkan Taksonomi Bloom. Kajian ini diharapkan dapat membantu pihak IPG dan pihak yang berkepentingan untuk merangka pelbagai rancangan dan aktiviti pembangunan pelajar bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mengaplikasikan KBAT bagi memenuhi keperluan melahirkan pendidik abad ke-21.

Downloads

Published

30-11-2020