Pemantauan Pelaksanaan Pengajaran Pendidikan Jasmani di Enam Buah Sekolah Kebangsaan Terpilih di Daerah Lipis

Authors

  • Mohd Kamal Mohammed Suhaimi IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang
  • Rosdan Abd Majid IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang
  • Roslee Ismail IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang

Keywords:

Pendidikan Jasmani, Sekolah Kebangsaan, pengajaran dan pembelajaran

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sejauhmanakah tanggapan pelajar tentang pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani di enam buah sekolah kebangsaan terpilih di Daerah Lipis. Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan kaedah berbentuk tinjauan ke atas Sekolah Kebangsaan Wan Ibrahim, Sekolah Kebangsaan Clifford, Sekolah Kebangsaan Sungai Koyan, Sekolah Kebangsaan Penjom, Sekolah Kebangsaan Batu 13 dan Sekolah Kebangsaan Kampung Keledek. Responden dalam kajian ini terdiri daripada 120 orang murid melibatkan 60 orang murid perempuan dan 60 murid lelaki. Borang soal selidik digunakan untuk tujuan mendapatkan maklumat. Aspek yang diselidik adalah sesi pra impak pengajaran menyentuh tentang pengurusan jadual waktu, keselamatan dan penyediaan alat bantu mengajar. Aspek impak pula menyentuh tentang penyampaian isi pelajaran, penggunaan masa dan penerapan nilai. Aspek pasca impak pula menyentuh minat pelajar, keselamatan dan rumusan pengajaran. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan statistik analisis diskriptif (pengiraan min dan sisihan piawai) sementara perbandingan skor min (ujian t sampel tidak bersandar) digunakan untuk melihat hubungan antara angkubah bebas dengan pelaksanaan Pendidikan Jasmani bagi setiap fasa yang dikaji. Daripada keputusan yang diperolehi menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap perbezaan skor min tanggapan murid terhadap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani antara murid lelaki dan perempuan. Ini menunjukkan bahawa guru telah melaksanakan pengajaran Pendidikan Jasmani mengikut Pekeliling Ikhtisas yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sepenuhnya dalam melaksanakan pengajaran Pendidikan Jasmani.

Downloads

Published

30-11-2020