Persepsi Guru Terhadap Penglibatan Keluarga Berdasarkan Teori Epstein di Prasekolah dalam Pengajaran Membaca

Authors

  • Roselita Ali@Yusof IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang
  • Roshdi Said Kolej Vokasional Sultan Hj. Ahmad Shah

Keywords:

Penglibatan keluarga, Model Epstein, pra sekolah, halangan, pengajaran membaca

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis penglibatan keluarga terhadap program di prasekolah berdasarkan teori Epstein dalam pengajaran membaca. Kajian ini juga adalah bertujuan mengenal pasti halangan penglibatan ibu bapa terhadap program di prasekolah. Kajian ini dijalankan menggunakan reka bentuk kaedah gabungan (mixed methods). Kaedah kuantitatif menggunakan soal selidik bagi melihat jenis penglibatan keluarga dan jenis halangan manakala kaedah kualitatif menggunakan kaedah temubual digunakan untuk melihat halangan penglibatan keluarga. Seramai 12 orang guru dari tadika KEMAS dan JPNIN menjadi sampel kajian ini. Sampel ini terdiri dari guru tadika zon timur iaitu empat orang dari Kelantan, empat orang dari Terengganu dan empat orang dari Pahang. Hasil dapatan dianalisis menggunakan SPSS versi 22. Dapatan kajian ini diharapkan dapat memberi memberi maklumat yang holistik, spesifik pengesanan berdasarkan penglibatan ibu bapa dan halangan penglibatan. Diharapkan juga agar ianya dapat membantu pihak sekolah, PPD, JPN dan kementerian serta NGO dalam merancang sumbangan, kursus, program yang menarik dan sesuai kepada ibu bapa prasekolah ini.

Downloads

Published

30-11-2020