Peranan PKPPK dalam Melestarikan Kemenjadian Guru OA Dalam Arus Perdana Pendidikan
Keywords:
kelestarian, inisiatif, kemenjadian, modal insanAbstract
Kajian ini dilakukan bertujuan untuk melihat peranan Pusat Kecemerlangan Pedagogi Peribumi dalam melestarikan kemenjadian guru-guru Orang Asli di Institut Pendidikan Guru Malaysia, IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan. Metadologi yang digunakan adalah penyelidikan kualitatif secara kajian kes. Pengutipan data secara bertujuan dilakukan kepada pentadbir di sekolah guru-guru ini sedang berkhidmat di negeri Pahang dan Kelantan serta analisis dokumen laporan aktiviti yang dilaksanakan. Pengutipan data dilakukan secara temubual, pemerhatian dan analisis dokumen. Dapatan kajian menunjukkan keupayaan Pusat Kecemerlangan Pedagogi Peribumi Kebangsaan membentuk kemenjadian guru-guru yang menjalani latihan keguruan merupakan satu inisiatif kemenjadian siswa pendidikOrang Asli dalam membentuk guru yang berkualiti. Penglibatan dalam pelbagai bidang serta hubungan dengan rakan sinergi melalui halatuju PKPPK serta kegiatan secara lestari berupaya meningkatkan keboleh pasaran, keupayaan serta keyakinan guru-guru Orang Asli untuk membina modal insan masyarakat Asli yang lain setelah ditempatkan sebagai guru terlatih