Peningkatan Kemahiran Menulis Nama Sendiri dalam Tulisan Rumi Murid Prasekolah dengan Kaedah VAKT

Authors

  • Ch’ng Hock Goh IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang
  • Phaik Hoon Ng IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang

Keywords:

murid prasekolah, kaedah VAKT, pemerhatian, analisis dokumen, temubual berstruktur dan ujian satu dan ujian dua

Abstract

Kajian tindakan ini bertujuan untuk melihat bagaimana saya dapat meningkatkan kemahiran menulis nama sendiri dalam tulisan Rumi murid prasekolah dengan menggunakan kaedah VAKT. Seramai enam orang murid prasekolah yang berumur enam tahun dari SJKC Padang Besar Utara,telah menjadi kumpulan sasaran dalam kajian ini. Murid-murid ini terlibat secara langsung kerana mendapati mereka kurang mantap dari segi penulisan nama sendiri mereka. Data yang dikumpul menunjukkan kemajuan penguasaan menulis nama responden diperolehi melalui pemerhatian, analisis dokumen, temu bual berstruktur serta penilaian termasuk ujian satu dan ujian dua. Terdapat peningkatan positif dalam kemahiran menulis nama sendiri peserta melalui analisis dokumen yang terdiri daripada gambar dan senarai semak. Hasil temu bual bersama ibu atau bapa responden dan guru prasekolah juga bersetuju bahawa responden menunjukkan kemajuan menulis nama sendiri. Ujian yang dijalankan juga menunjukkan pertambahan markah dari segi bilangan huruf yang betul. Cadangan kajian tindakan untuk kitaran yang seterusnya ialah meningkatkan lagi tempoh masa kajian, bilangan peserta kajian, dan penggunaan VAKT dengan bantuan multimedia.

Downloads

Published

30-11-2019