Kemahiran Interpersonal dalam Kalangan Graduan Peribumi Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan
Keywords:
interpersonal, murid orang asli, IPGKTAA, Ambilan KhasAbstract
Penyelidikan ini dibuat bertujuan untuk mengesan kemahiran interpersonal guru peribumi Ambilan Khas Tahun 2010 selepas setahun ditempatkan di sekolah-sekolah murid Orang Asli di negeri Pahang dan Kelantan. Reka bentuk kajian kualitatif ini menggunakan instrumen kutipan data utama melalui temubual, pemerhatian dan semakan dokumen. Terdapat empat
konstruk utama menjadi asas dalam kajian ini meliputi hubungan guru dengan pentadbir, rakan sejawat, murid dan ibubapa. Analisis data pula menggunakan kaedah manual dan perisian NVivo 11 yang sesuai untuk mendapatkan dapatan yang diperlukan. Dapatan menunjukan bahawa graduan peribumi berjaya mewujudkan hubungan interpersonal yang tinggi dalam
semua aspek yang dinilai. Kesimpulannya, kajian ini telah membuktikan pelaburan besar yang dilakukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia melalui program Ambilan Khas pelajar Orang Asli di IPGKTAA telah memberi implikasi kepada kemenjadian guru di sekolah murid Orang Asli. Justeru, program ini sewajarnya diteruskan.