Globalisasi dalam Pendidikan: Kebenaran Pelajar Membawa Alat Peranti ke Sekolah. Sejauh Manakah Guru Bersedia?

Authors

  • Yeng Thai Wong IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang
  • Hatim Aziwir Zaadun Zabir IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang

Keywords:

globalisasi, pendidikan, alat peranti, impak positif, impak negatif

Abstract

Pengumuman kebenaran pelajar membawa alat peranti ke sekolah kecuali telefon bimbit mulai tahun hadapan merupakan suatu perubahan globalisasi dalam pendidikan dan para guru mesti bersedia mengetahui, memahami, menerima serta mengurus cabaran ini dengan cekap dan berkesan. Guru dapat mengetahui perubahan pendidikan ini dengan pengaksesan maklumat pelbagai sumber rujukan iaitu surat pekeliling, garis panduan, laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia dan berita akhbar. Guru mesti peka dengan pengemaskinian sumber rujukan dari semasa ke semasa dan berfikir secara kritis dan analitikal semasa mengutip maklumat. Guru harus memahami bahawa pengintegrasian ICT dalam pendidikan merupakan transformasi yang seiring dengan matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang membawa impak
positif terhadap pembelajaran pelajar. Sejajar dengan konsep bilik darjah digital, minat pelajar boleh dirangsang dengan unsur visual, pergerakan, permainan dan muzik dalam ICT dan boleh menghasilkan kerja penulisan dengan lebih efisien. Alat peranti juga mampu berperanan sebagai fasilitator yang menggalakkan pembelajaran koperatif dan kolaboratif. Kebanyakan negara maju seperti Perancis, Korea Selatan dan Amerika Syarikat sudah bersetuju dengan kebenaran tersebut. Namun demikian, guru juga perlu bersedia menghadapi masalah disiplin yang melibatkan penggunaan alat peranti yang akan menambahkan beban kerja guru, selain menjejaskan kesihatan pelajar dan komunikasi dengan pelajar lain. Sekiranya kebenaran ini diluluskan, guru mesti menyalurkan arahan dan syarat penggunaan kepada setiap pelajar. Penapisan dan pengharaman laman web berunsur negatif mesti dijalankan. Pengawasan yang berterusan terhadap penggunaan alat peranti di kelas perlu diamalkan oleh setiap guru. Pelajar juga mesti dididik tentang keselamatan dalam talian yang melibatkan privasi dan bijak mengenal pasti kualiti sumber maklumat yang sahih.

Downloads

Published

30-11-2019