Penghayatan Amalan Bersedekah Siswa Guru IPG
Keywords:
amalan sedekah, teori tingkah laku terancang, siswa IPGAbstract
Konsep kerohanian dan kedermawanan merupakan antara aspek pelengkap yang termaktub di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025). Menghayati nilai-nilai dan amalan-amalan yang mulia ini dapat membentuk generasi yang pemurah dan cakna terhadap insan lain berada di dalam kesusahan. Kajian ini bertujuan melihat penghayatan amalan bersedekah dalam kalangan siswa guru IPG. Soal selidik diedarkan kepada 683 siswa guru di empat buah kampus IPG Zon Timur melalui google form dan dianalisis menggunakan perisian Smart PLS 3.0. Kajian berdasarkan objektif yang ingin dicapai mendapati pemboleh ubah- pemboleh ubah yang mewakili Teori Tingkah Laku Terancang dan pemboleh ubah baharu iaitu Sosialisasi Agama Ibu Bapa (SAI) mendapati hubungan yang signifikan kesemua pemboleh ubah bebas dengan pemboleh ubah bersandar iaitu Niat bersedekah (NIAT). Sosialisasi Agama Ibu Bapa merupakan pemboleh ubah yang paling signifikan iaitu β= 0.284,p < 0.001. Justeru membuktikan bahawa penerapan nilai-nilai agama semenjak dari kecil sangat signifikan bagi mencorakkan amalan bersedekah dalam siswa IPG. Keseluruhan pemboleh ubah bebas juga menjelaskan 70% varian di dalam niat bersedekah dalam kalangan siswa IPG.