Pemikiran Hak Asasi Manusia dalam Novel-novel Terpilih Faisal Tehrani

Authors

  • Fauzi Hasan IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang
  • Shahnam Abd Rashid IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang
  • Dzulkarnain Mat IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang

Keywords:

Pemikiran, Hak asasi manusia, Novel, Kepengarangan

Abstract

Kehadiran Faisal Tehrani dalam ujana kesusasteraan Malaysia telah membawa kesan dan pengaruh tersendiri melalui karya-karya yang dihasilkannya. Beliau antara pengarang yang begitu prolifik menghasilkan novel dan kini berjumlah 24 buah novel. Sepanjang berkarya, beliau telah memenangi pelbagai sayembara menulis yang dianjurkan oleh pihak kerajaan dan swasta. Novel-novel yang dihasilkannya menunjukkan perubahan dan kelainan tersendiri, khususnya daripada aspek tema, pemikiran, teknik penceritaan, gaya bahasa dan latarnya. Sehubungan dengan itu, penulisan ini akan membincangkan aspek pemikiran daripada aspek hak asasi manusia dalam tiga buah novelnya, iaitu Bahlut, Bagaimana Anyss Naik Ke Langit dan Profesor. Kajian ini akan dijalankan secara kualitatif, iaitu melibatkan pembacaan teks secara mendalam dan menganalisis bahan-bahan bertulis. Kajian menunjukkan bahawa Faisal Tehrani menerapkan pemikiran hak asasi manusia untuk menjadi pedoman dan mesej kepada pembacanya. Melalui pemikiran yang diungkapkan dapat membina imej dalam kepengarangan dalam novel-novel yang dihasilkannya.

Downloads

Published

30-11-2021