Kemahiran Menulis Bahasa Melayu Murid Peribumi sebagai Penutur Bahasa Melayu Bahasa Kedua

Abstract

Penulisan kajian ini adalah membincangkan kemahiran menulis bahasa Melayu murid peribumi sebagai penutur bahasa Melayu bahasa kedua. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan dilaksanakan secara kajian kes di tiga sebuah Sekolah Kebangsaan di Sarawak.  Pemerhatian  pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah telah dilaksanakan bagi mendapatkan data utama. Seterusnya, triangulasi data dijalankan  melalui temu bual separa berstruktur dan analisis dokumen. Kajian ini mengetengahkan dua objektif utama iaitu untuk mengenal pasti kemahiran menulis bahasa Melayu murid peribumi. Selain itu, penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan murid peribumi juga dikenal pasti. Peserta kajian dipilih secara persampelan bertujuan yang terdiri daripada tiga orang murid Tahun Lima serta tiga orang guru bahasa Melayu di sekolah kajian. Hasil pemerhatian pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, temu bual dengan peserta kajian dan analisis dokumen ditranskripsikan dan dianalisis menggunakan perisian Atlas.ti  Mac versi 1.6.0 (484). Data dianalisis secara deskriftif dan dipersembahkan dalam bentuk naratif. Dapatan kajian menunjukkan murid menguasai dengan  baik pengajaran dan pembelajaran (PdP) melalui strategi penyoalan, penjelasan,  perumusan dan  peramalan dalam kemahiran menulis bahasa Melayu. Penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan murid peribumi adalah sederhana. Dapatan juga menunjukkan murid Tahun Lima peribumi  sangat berminat dalam penulisan karangan berunsurkan imanginasi. Hasil kajian ini dapat memberi input dalam penambahbaikan semakan terkini Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) bagi kemahiran menulis bahasa Melayu Sekolah Rendah. Kajian ini juga memberi manfaat kepada guruguru bahasa Melayu dalam usaha meningkatkan penguasaan kemahiran menulis serta penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan murid peribumi

Downloads

Published

11-12-2022