Meningkatkan Pencapaian Pelajar H6T4 Menjawab Soalan Gerakan Harmonik Ringkas dengan Menggunakan Teknik ± Cut Sinusoidal Graph
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar semasa menjawab soalan gerakan harmonik ringkas bagi kursus Physics 1, SP015. Seramai 6 orang pelajar dari kelas tutoran H6T4, Program Dua Semester Kolej Matrikulasi Melaka telah dipilih berdasarkan Ujian Pra. Hasil refleksi yang dilakukan mendapati pelajar menghadapi masalah menulis persamaan sinusoidal setara dan melakar bentuk graf sinusoidal bagi tajuk gerakan harmonik ringkas. Jesteru itu, fokus kajian terarah kepada cara untuk mengatasi masalah dihadapi pelajar bagi meningkatkan pencapaian mereka menjawab soalan gerakan harmonik ringkas. Teknik ± Cut Sinusoidal Graph diperkenalkan bagi mengatasi masalah ini dengan menggunakan Model Kajian Tindakan Kemmis & Mc Taggart (1988) yang terdiri dari empat peringkat untuk satu kitaran iaitu tinjauan awal, merancang tindakan, melaksanakan tindakan dan memerhati, dan akhir sekali melakukan refleksi. Berdasarkan data dari Ujian Pra, Ujian Pos dan juga Soalan Soal Selidik keberkesanan terhadap penggunaan Teknik ± Cut Sinusoidal Graph dianalisis secara kaedah deskriptif melalui aplikasi MS Excel. Pada akhir kajian, didapati terdapat peningkatan pencapaian markah ketara pada semua pelajar membuktikan objektif kajian tercapai dan berjaya memberikan impak yang sangat positif kepada para pelajar. Seterusnya Teknik ± Cut Sinusoidal Graph akan diperkenalkan teknik ini secara meluas agar teknik ini dapat membantu para pelajar untuk menjawab bukan sahaja soalan fizik tetapi juga soalan matematik tambahan