Amalan Pedagogi Guru Bahasa Melayu dalam Mengaplikasi Bahan Digital

Keywords:

Bahan Digital, Pedagogi Guru, Bahasa Melayu, Kemampuan, Minat

Abstract

Menurut Sukmana dan Erwin (2020), digitallisasi adalah proses media dari bentuk bercetak, audio, mahupun video menjadi bentuk digital. Teknologi maklumat dan komunikasi yang digunakan dalam  pendidikan  kini telah berkembang dengan pesat. Selari dengan perkembangan ini, kemajuan dalam teknologi mempengaruhi kaedah pembelajaran. Perkembangan sistem internet dan teknologi maklumat di seluruh dunia telah  memberikan satu alternatif dalam bidang pendidikan mengikut peredaran zaman. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meneroka dan menganalisa kemampuan dan minat guru bahasa Melayu  sekolah rendah dalam mengaplikasi bahan digital dalam pengajaran bagi mendepani era pendigitalan. Kajian ini dijalankan  menggunakan rekabentuk  kualitatif dengan pendekatan  deskriptif naratif. Seramai lima orang guru telah dipilih sebagai peserta kajian mengikut peringkat perkembangan guru Trotter 1986. Peserta kajian dipilih dari tiga buah sekolah rendah di daerah Raub, Pahang. Instrument kajian yang digunakan ialah temu bual dengan peserta kajian, pemerhatian sesi pengajaran dan pembelajaran serta analisis dokumen dilakukan sebagai menyokong dapatan. Data dianalisa secara naratif dengan mengekod dan menentukan tema dan sub tema. Hasil dapatan kajian menunjukkan seramai empat orang peserta kajian mengaplikasi bahan digital sebagai amalan terbaik pedagogi dalam pengajaran bahasa Melayu. Manakala seorang peserta kajian tidak menjadikan aplikasi digital sebagai amalan terbaik pedagogi beliau dan menggunakan kaedah konvensional yang dirasakan lebih berkesan dalam pengajaran bahasa Melayu. Implikasi kajian ini dapat memberi impak yang besar kepada tiga pihak yang berkepentingan iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), guru dan murid.

Downloads

Published

06-12-2023