Pengetahuan dan Kemahiran Guru Bahasa Melayu di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di Negeri Pahang terhadap Pengajaran Secara Digital

Abstract

 

Kajian ini dijalankan adalah untuk mencapai objektif meneroka pengetahuan dan kemahiran guru bahasa Melayu di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di negeri Pahang terhadap pengajaran secara digital. Justeru, bagi mencapai objektif dan menjawab persoalan kajian, reka bentuk kajian tinjauan dengan pendekatan kualitatif dipilih bagi meneroka pengetahuan dan kemahiran guru terhadap pengajaran secara digital. Seterusnya, data primer dipungut melalui temu bual semi berstruktur antara pengkaji dengan peserta kajian (PK) menggunakan persampelan bertujuan. PK yang dipilih adalah dalam kalangan guru bahasa Melayu daripada enam buah sekolah menengah jenis Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di Pahang. Pemilihan PK juga adalah berdasarkan lima kategori guru peringkat perkembangan dan profesionalisme oleh Trotter (1986). Setelah temu bual ditranskripsikan, data dianalisis dengan cara mengekod dan menentukan tema-tema yang berkaitan berbantukan perisian QSR Nvivo 10. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengetahuan dan kemahiran guru bahasa Melayu di SABK terhadap pengajaran secara digital adalah sangat baik. Implikasi dapatan kajian ini menunjukkan para guru bahasa Melayu di SABK sudah siap siaga untuk melakukan transformasi dalam pengajaran jika dasar pendigitalan pendidikan kebangsaan dilaksanakan sepenuhnya kelak.

Downloads

Published

06-12-2023