Persepsi dan Motivasi Murid Sekolah Menengah terhadap Penggunaan Bahan Digital dalam Pembelajaran Bahasa Melayu

Keywords:

Persepsi, Motivasi, Teori Tindakan Bersebab, Bahasa Melayu, Bahan Digital

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti tahap persepsi dan motivasi murid sekolah menengah terhadap penggunaan bahan digital dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Kajian ini berlandaskan Teori Tindakan Bersebab (TRA) telah menggunakan pendekatan kuantitatif sepenuhnya yang berasaskan reka bentuk tinjauan. Instrumen soal selidik dipilih sebagai instrumen utama kajian ini dengan julat kebolehpercayaan instrumen 0.959. Kajian ini telah melibatkan 300 orang murid dari tiga buah sekolah menengah di kawasan Kapit, Sarawak sebagai sampel kajian yang dipilih dengan menggunakan teknik persampelan rawak mudah. Data dianalisis dengan statistik deskriptif dan inferensi seperti Ujian Chi Kuasa Dua yang menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for Social Science version). Dapatan kajian mendapati bahawa tahap persepsi dan motivasi murid adalah tinggi terhadap penggunaan bahan digital dalam pembelajaran Bahasa Melayu iaitu 3.81 skor min bagi tahap persepsi dan 3.88 bagi tahap motivasi. Dapatan ini membuktikan bahawa kajian yang dijalankan ini penting sebagai panduan kepada guru dalam memilih bahan bantu mengajar yang sesuai dengan keperluan murid dengan memanfaatkan penggunaan teknologi agar proses pengajaran menjadi lebih bermakna dan menyeronokkan.

Downloads

Published

06-12-2023