Tinjauan Pelaksanaan Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) di IPG

Keywords:

Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna, Deep Learning

Abstract

Pembelajaran bermakna adalah pendekatan pembelajaran berpusatkan pelajar dan dilaksanakan di IPGM sejak tahun 2019. Para pensyarah beberapa kursus perlu merangkai dan merungkai maklumat kursus untuk mendapatkan idea utama penghasilan projek. Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna memberi peluang pelajar meneroka pengetahuan dan pelbagai kemahiran secara merentas kurikulum yang menjadikan pembelajaran lebih bermakna dan menyerorokkan. Kajian ini dijalankan bagi mendapatkan maklum balas pelajar setelah pelaksanaan pembelajaran bermakna dijalankan.  Maklum balas ini meliputi aspek perancangan, semasa proses pelaksanaan dan penilaian atau refleksi hasil projek.  Kajian tinjauan ini dijalankan ke atas 237 orang pelajar IPGK Tengku Ampuan Afzan dengan menggunakan soal selidik dalam aplikasi google form.  Data kajian dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science versi 26.0.  Dapatan kajian menunjukkan keseluruhan item yang dikaji mendapat maklum balas yang positif. Aspek perancangan pembelajaran bermakna menunjukkan min 4.00, proses pelaksanaan pembelajaran bermakna  pada min 4.10 dan refleksi pembelajaran bermakna pada min 4.22. Implikasi kajian ini terhadap pelaksanaan aktiviti pembelajaran bermakna adalah ia sangat sesuai dan relevan dengan perkembangan trend pembelajaran pelajar masa kini bagi mencapai pembelajaran yang berpusatkan pelajar secara aktif dan bermakna.

Downloads

Published

06-12-2023