Penilaian Pelaksanaan Pengajaran Guru Sains Mengintegrasikan KBAT Berasaskan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

Keywords:

Penilaian Pengajaran Guru, Pengajaran Sains, KSSR, KBAT

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menilai pelaksanaan pengajaran guru Sains sekolah rendah menerusi pengintergrasian Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) berasaskan KSSR. Kajian ini melibatkan guru-guru Sains di Negeri Perak. Komponen berfikir aras tinggi seperti kemahiran banding beza, kemahiran menyusun urutan, kemahiran membuat ramalan, kemahiran membuat definasi dan kemahiran mencipta anologi yang di lihat dalam tiga komponen utama refleksi objektif iaitu refleksi kendiri, refleksi penetapan matlamat dan penilaian keberkesanan refleksi dipilih sebagai kerangka konseptual kajian. Kajian ini menggunakan analisis deskriptif (melalui instrumen soal selidik). Kesemua instrumen pengutipan data ini dibina oleh pengkaji dengan pengubahsuaian daripada instrument KBAT Kementerian Pendidikan Malaysia dan pakar yang terlibat serta kandungannya disahkan oleh panel rujukan pakar. Tahap nilai kebolehpercayaan alfa Cronbach yang diperoleh adalah tinggi iaitu antara (0.82173). Seramai 402 orang guru Sains dipilih secara rawak mudah untuk menjawab instrumen soal selidik. Data kajian di analisis secara deskriptif menggunakan frenkuasi dan peratusan min. Secara keseluruhannya, hasil kajian penilaian pengajaran di dalam mengintergrasikan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) adalah berada pada tahap tinggi menerusi min bagi keseluruhan (4.43) dan berdasarkan komponen penilaian pengajaran yang terdiri daripada perancangan penilaian yang mencatatkan min (4.45), kandungan bahan penilaian yang mencatatkan min (4.44) dan proses penilaian yang mencatatkan min (4.40). Implikasi dan cadangan yang dikemukakan dapat memberi gambaran yang bermanfaat kepada kementerian, sekolah, guru dan masyarakat di dalam meningkatkan tahap pengajaran guru sains berdasarkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) seperti yang dihasratkan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025.

Downloads

Published

30-11-2023