Kesediaan Guru dalam Melaksanakan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA)

Keywords:

Peperiksaan, Kesediaan guru, UASA, Pentaksiran Sumatif

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada guru-guru yang mengajar di SJKC daerah Raub, Pahang berkenaan tahap pengetahuan guru dalam melaksanakan UASA. Kajian berasaskan tinjauan ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen pengumpulan data. Data yang dikumpul daripada 71 responden telah dianalisis menggunakan analisis deskriptif untuk menentukan min dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesediaan guru di SJKC untuk melaksanakan UASA dari segi pengetahuan dan kemahiran berada pada tahap yang tinggi. Kajian ini penting untuk semua pihak yang terlibat bagi memastikan pelaksanaan UASA yang berkesan dan memberi impak yang positif kepada guru dan pelajar.

Downloads

Published

11-12-2023