Penglibatan dan Cabaran Ibu Bapa Kelompok B40 dalam Pelaksanaan Program Literasi dan Numerasi (PLaN) di Daerah Lahad Datu
Keywords:
Penglibatan Ibu Bapa, Kelompok B40, Literasi, Numerasi, PLaNAbstract
PLaN diperkenalkan di Malaysia dengan tujuan untuk memastikan bahawa murid mencapai sekurang-kurangnya tahap penguasaan (TP) 3 dalam subjek Bahasa Melayu. Namun demikian, masih ramai murid yang belum mencapai TP 3 dalam subjek Bahasa Melayu. Pelaksanaan PLaN melibatkan ibu bapa sebagai salah satu pihak utama yang bertanggungjawab untuk memastikan keberkesanan program tersebut. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan adalah untuk meneroka cabaran ibu bapa dalam pelaksanaan PLaN. Kajian kes ini dijalankan di salah sebuah kawasan pedalaman daerah Lahad Datu, Sabah. Kajian ini dijalankan dengan pendekatan kualitatif sebagai pendekatan kajian. Kajian ini berkepentingan untuk membantu pihak berwajib menyedari kelemahan yang terdapat dalam program yang mereka laksanakan. Hal ini sangat diperlukan agar tambah baik program boleh dilakukan.