Tahap Kesediaan Dalam Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Norma Baharu Dalam Kalangan Guru di Sekolah Orang Asli Negeri Pahang

Authors

  • Mohd Faizal Hassan IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang
  • Fauzi Hasan IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang

Keywords:

Kesediaan guru, Pengetahuan, Kemudahan, Sekolah orang asli, Pahang

Abstract

Peranan guru dalam menyampaikan ilmu kepada murid sangat ditagih dalam memastikan usaha negara secara umumnya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) khususnya bagi melahirkan sebuah bangsa dan masyarakat yang berfikiran kelas pertama. Ini sangat penting dalam merealisasikan Pelan pembangunan pendidikan Malaysia 2013 hingga 2025 yang ingin menjadikan sistem pendidikan negara bertaraf global. Kajian ini telah dijalankan bagi melihat tahap kesediaan guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran norma baharu dalam kalangan guru di Sekolah Orang Asli Negeri Pahang yang melibatkan seramai 239 orang guru. Bagi mengumpul maklumat tersebut, pendekatan kuantitatif yang berbentuk kajian lapangan serta kaedah tinjauan serta keratan rentas (cross sectional) telah dipilih. Ia dikumpul melalui satu set soal selidik yang telah diubah suai daripada kajian – kajian terdahulu. Antara tujuan utama kajian ini adalah untuk melihat tahap kesediaan guru – guru dalam pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran norma baharu khususnya guru – guru di sekolah orang asli di negeri Pahang. Hasil dapatan menunjukkan tahap kesediaan guru adalah berada di tahap yang rendah (Min=2.40, sisihan piawai=0.58) termasuk dalam aspek pengetahuan (Min=2.52, sisihan piawai=0.83) dan kemudahan (Min=2.84, sisihan piawai=0.66). Justeru, satu usaha jangka pendek dan jangka panjang perlu dirancang dan dilaksanakan khususnya pihak KPM dalam menjamin proses trasformasi pendidikan dapat direalisasikan seperti yang terkandung dalam PPPM 2013-2025.

Downloads

Published

30-11-2021