Analisis Keperluan Kerangka Aplikasi M-Pembelajaran dalam Meningkatkan Kemahiran Membaca Kanak-Kanak Prasekolah

Authors

  • Wan Kamarulzaman Wan Yusoff IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang
  • Sabiah Mohamed IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang
  • Roziky Effendy Repin IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang

Keywords:

Kerangka, Kemahiran Membaca, M-Pembelajaran, Prasekolah

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap penerimaan guru prasekolah bagi memformulasikan kerangka aplikasi M-Pembelajaran bagi meningkatkan kemahiran membaca Bahasa Melayu dalam kalangan kanak-kanak prasekolah. Secara keseluruhannya, kajian ini menggunakan pendekatan kajian rekabentuk dan pembangunan yang melibatkan tiga fasa, iaitu fasa analisis keperluan, reka bentuk dan pembangunan dan penilaian. Pun begitu, dalam kajian ini hanya melibatkan fasa pertama sahaja. Fasa pertama ialah analisis keperluan melibatkan 51 guru prasekolah kelolaan KPM dengan menggunakan instrumen soal selidik berpandukan model UTAUT untuk menyiasat keperluan keinginan guru dalam menggunakan aplikasi M-Pembelajaran. Model UTAUT mempunyai empat jangkaan utama iaitu jangkaan niat dan keinginan, prestasi, sikap serta usaha. Data yang diperolehi dianalisa melalui statistik deskriptif dengan menggunakan perisian SPSS. Interpretasi data berdasarkan jadual pengukuran tahap skor min yang diadaptasi daripada Yusri (2010). Dapatan fasa analisis keperluan menunjukkan skor min yang tinggi iaitu sekitar 4.37 hingga 4.51 terhadap jangkaan prestasi, manakala skor min yang tinggi juga turut diperolehi melalui jangkaan usaha (4.24 hingga 4.41), jangkaan sikap (4.35 hingga 4.47) serta jangkaan niat dan keinginan (4.33 hingga 4.41). Keseluruhannya diharapkan kajian ini menyumbang pengetahuan baharu yang bernilai kepada guru prasekolah, komuniti penyelidik, menjadi penanda aras yang kepada pendidik dan ibu bapa serta menjadi rujukan kepada pemain industri aplikasi M-Pembelajaran.

Downloads

Published

30-11-2021