Tinjauan Ketahanan Diri dalam Kalangan Murid Sekolah Menengah

Authors

  • Nurulaini Moshidi Institute of Teacher Education Tengku Ampuan Afzan Campus, Kuala Lipis, Pahang
  • Roselita Ali@Yusuf
  • Redzuan Radzi

Keywords:

Ketahanan Diri , Mempunyai makna , Ketabahan, Falsafah kesunyian , Kebergantungan kendiri

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengukur tahap ketahanan diri dalam konteks murid sekolah menengah di Malaysia. Kajian ini berbentuk kajian tinjauan yang menggunakan soal selidik. Seramai 56 orang pelajar dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Hasil dapatan kajian menunjukkan mempunyai makna (meaning); ketabahan (perseverance) dan falsafah kesunyian tidak wujud (existential aloneness) memperoleh skor min tinggi manakala skor min sederhana diperoleh bagi dimensi sikap kebergantungan kendiri (self-reliant) dan ketenangan fikiran atau perasaan (equanimity). Dari aspek perbezaan jantina pula tidak terdapat perbezaan signifikan antara murid lelaki dan murid perempuan. Dapatan ini menunjukkan tahap ketahanan diri wajar diketahui agar ianya boleh dipupuk kerana aspek ini berupaya mempengaruhi emosi, kognitif dan sikap murid.

Downloads

Published

30-11-2021