Analisis Keperluan Pembinaan Modul “Naturegogy” dalam Pembelajaran dan Pengajaran Sekolah Orang Asli di Malaysia

Authors

  • Mohd Faizal Hassan IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang
  • Aminuddin Mohamed IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang
  • Norhyishamudin Kamil IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang
  • Abd. Jamil Sabdin IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang
  • Fauzi Hasan IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang

Keywords:

Analisis keperluan, Modul Naturegogy, Sekolah orang asli

Abstract

Penekanan terhadap menyamaratakan pendidikan di bandar dan luar bandar termasukkanlah murid orang asli sangat jelas dinyatakan dalam Pelan pembangunan pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Berdasarkan kepada beberapa kajian terdahulu menunjukkan murid-murid orang asli masih lagi didapati terpinggir dan berada di belakang dari segi pencapaian pendidikan. Ini dikukuhkan lagi dengan kadar keciciran dalam kalangan mereka yang masih lagi tinggi. Justeru satu pendekatan yang lebih dekat dan mesra dengan budaya serta adat resam mereka perlu dilakukan terutama dari aspek pedagogi dan kurikulum dalam pengajaran dan pembelajaran khusus untuk murid-murid orang asli. Sistem pendidikan kini masih lagi tidak mengambil kira perbezaan budaya yang wujud menyebabkan anak-anak Orang Asli ini mengalami tekanan apabila berada dalam sistem pendidikan arus perdana. Dalam mendapatkan gambaran sebenar mengenai kajian ini, pasukan pengkaji telah menggunakan pendekatan kuantitatif yang menjuruskan kepada kaedah kajian tinjauan. Bilangan sampel terlibat adalah seramai 95 orang guru yang mengajar di sekolah orang asli seluruh Malaysia. Bagi mengumpul maklumat yang berkaitan, satu set soal selidik telah diubah suai daripada kajian lepas telah digunakan. Berdasarkan kepada hasil dapatan kajian ini, menunjukkan 98.9% bersetuju dengan keperluan penghasilan modul ini. Majoriti guru bersetuju iaitu 41.1% agar modul ini digunakan kepada murid tahun 1. Sebanyak 28.4% guru bersetuju modul ini digunakan dalam mata pelajaran bahasa melayu. Bagi elemen dalam modul ini, majoriti bersetuju dengan elemen-elemen yang telah dicadangkan dengan nilai peratus yang tinggi. Pembangunan modul “Naturegogy” ini menambahkan keyakinan serta meletakkan harapan yang lebih tinggi terhadap kemajuan masyarakat Orang Asli terutama menjadi penyumbang kepada keberhasilan negara.

Downloads

Published

30-11-2021