Reka Bentuk Aktiviti Pengajaran Berasaskan Sumber Alam Semula Jadi bagi Kanak-Kanak Orang Asli: Konsensus Pakar

Authors

  • Nurrul Huwaina Ridzuan Lotfi Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya
  • Mohd Nazri Abdul Rahman Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya

Keywords:

Orang Asli, Pendidikan Orang Asli, Sumber Alam semula jadi, Kecerdasan, Kanak-kanak Peribumi

Abstract

Pendidikan anak-anak Orang Asli perlu di beri perhatian bagi memberi mereka peluang pendidikan yang berkualiti dalam membentuk anak-anak yang kompeten serta dalam memastikan kesaksamaan pendidikan. Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan konsensus pakar dalam mereka bentuk aktiviti pengajaran yang bersesuaian berasaskan sumber alam semulajadi bagi kanak-kanak Orang Asli. Kajian ini mengaplikasikan pendekatan Fuzzy Delphi. Seramai 25 pakar yang melibatkan guru Orang Asli, pensyarah yang mahir dalam kajian Orang Asli dan pendidikan awal kanak-kanak, guru pendidikan awal kanak-kanak (Nature School), pakar kurikulum dan Orang Asli dipilih bagi mendapatkan kesepakatan pakar. Dapatan hasil kajian menunjukkan bahawa aktiviti -aktiviti pengajaran yang sesuai dilaksanakan yang berasaskan sumber alam semula jadi bagi kanak-kanak Orang Asli adalah dengan melakukan aktiviti luar/amali, memperbanyakkan aktiviti berpusatkan pelajar yang melibatkan mereka dalam perbincangan serta berkongsi maklum balas dan cadangan. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa aktiviti pengajaran berasaskan sumber alam semula jadi bagi kanak-kanak Orang Asli dapat dilaksanakan oleh guru bersesuaian dengan konteks pembelajaran murid. Impaknya, secara tidak langsung aktiviti ini berupaya meningkatkan kecerdasan kanak-kanak Orang Asli.

Downloads

Published

30-11-2021