Pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca puisi kanak-kanak - Kajian pelajaran puisi “The Land of Counterpane”

Authors

  • Sien Biang Wong IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang
  • Mee Lee Chun IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang
  • Kam Chai Tan IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang

Keywords:

jenis penyoalan, genre puisi kanak-kanak, kemahiran membaca, literasi membaca, pembelajaran orientasi bahasa ibunda

Abstract

Kajian pelajaran ini berfokus kepada penerokaan pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca teks sastera yang melibatkan 30 orang guru Bahasa Cina sekolah rendah sebagai ahli komuniti pembelajaran profesional (PLC), dua orang pengajar, dua orang pakar rujuk, dua orang pengulas dan 93 orang pemerhati kelas terbuka. Kajian ini meneroka jenis penyoalan yang harus dielakkan dan yang baik untuk peningkatan literasi membaca di kalangan murid sekolah rendah. Kajian ini dijalankan dalam tempoh tiga minggu secara berperingkat. Pada peringkat permulaan, tafsiran teks bahan bacaan dan rancangan aktiviti pembelajaran dibincang dalam kumpulan PLC. Selepas itu, dua rancangan pengajaran dan pembelajaran yang terpilih dilaksanakan dalam dua kelas terbuka secara berturut-turut, diikuti dengan sesi refleksi oleh pengajar dan sesi soal jawab, serta sesi maklum balas daripada  pemerhati.  Kaedah mengumpul data untuk kajian ini adalah pemerhatian dan analisis dokumen. Semua data dianalisis secara kualitatif. Analisis data menunjukkan bahawa soalan yang berbentuk terbuka dan tahap kognitifnya tinggi tidak semestinya akan mencetus minda murid dan membawa kefahaman yang mendalam. Soalan-soalan yang tidak berfokus kepada kefahaman tema puisi dan yang tidak ikut turutan, dari senang ke susah harus dielakkan. Jenis penyoalan yang baik adalah yang tepat menuju ke intepretasi teks dengan tepat, dan yang dapat merangsang keaktifan pemikiran murid. Kajian ini mempertingkatkan kompetensi guru dari segi  kemahiran membina   soalan dengan tepat, berubah dari “mengajar bahan bacaan” ke “mengajar kemahiran membaca” disamping membuka minda guru bahawa intepretasi tema puisi merupakan kunci asas kepada penghayatan puisi.

Downloads

Published

30-11-2021