Faktor Kebimbangan Matematik dan Motivasi Pelajar Dua Sekolah Menengah di Kelantan Terhadap Pencapaian Matematik Tambahan

Authors

  • Hapaza Awang IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang
  • Zolpatai Elias IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang
  • Zuraidah Baharuldin IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang

Keywords:

Kebimbangan Matematik, Motivasi, Pencapaian Matematik Tambahan, Pelajar Sekolah Menengah

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat dua konstruk utama iaitu faktor kebimbangan Matematik dan motivasi pelajar dua sekolah menengah di Kelantan terhadap pencapaian Matematik Tambahan. Seramai 78 orang pelajar sekolah menengah terlibat dalam kajian ini iaitu 24 orang pelajar terpilih sebagai sampel kajian rintis dan 54 orang pelajar sebagai sampel kajian sebenar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kebimbangan pelajar terhadap Matematik Tambahan berada pada tahap yang sederhana dengan nilai min 3.49 yang terletak antara julat 3.28-4.14 iaitu mewakili 57.40% daripada jumlah keseluruhan pelajar. Seterusnya terdapat perbezaan tahap kebimbangan pelajar dalam kalangan pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Pelajar lelaki mempunyai tahap kebimbangan yang lebih tinggi dengan nilai min 1.79 walaupun majoriti pelajar perempuan yang mengambil Matematik Tambahan. Analisis data juga menunjukkan terdapat hubungan korelasi yang signifikan antara tahap kebimbangan pelajar dengan motivasi pelajar terhadap pencapaian Matematik Tambahan dengan nilai r=.697. Guru Matematik Tambahan berkemahiran tinggi diperlukan dalam sistem pendidikan di Malaysia untuk menyelesaikan masalah kebimbangan pelajar, meningkatkan motivasi, memberi penerangan topik yang jelas dan menarik serta mengurangkan tekanan kebimbangan ke atas pelajar lelaki dan perempuan.

Downloads

Published

30-11-2021