Bagaimana Anyss Naik Ke Langit?: Dari Perspektif Struktural
Fauzi bin Hasan, PhD, Ahmad Ridwan bin Osman, PhD
Keywords:
Tekstual, kontekstual,, pemikiran, teknik penceritaan, subjektiviti, sensitivitiAbstract
Faisal Tehrani antara pengarang generasi baharu yang prolifik dan aktif berkarya sehingga kini. Karya-karya yang dihasilkannya menunjukkan kelainan tersendiri dari aspek tekstual dan kontekstual seiring dengan perubahan aliran, tema, persoalan dan pemikiran yang menjadi pegangan dalam menghasilkan karyanya. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis pembinaan jati diri beiau dalam novel-novel terpilihnya. Sepanjang berkarya, beliau menghasilkan novel remaja dan novel dewasa bagi menyampaikan pemikiran, persoalan, permasalahan, mesej dan sebagainya dengan berkesan. Faisal Tehrani telah menghasilkan novel Bagaimana Anyss Naik ke Langit? yang membawa pembaharuan berbanding novel-novel terdahulunya. Kajian menunjukkan bahawa Faisal Tehrani berusaha untuk membina dan menampilkan jati diri kepengarangannya melalui teknik penceritaan, pemikiran, subjektiviti dan sensitivitinya terhadap persekitaran. Usaha dan pencapaian jati diri itu akan dapat diperkukuh melalui karya-karya yang akan dihasilkan secara berterusan bagi membuktikan jati diri dalam kepengarangannya.