Keberkesanan Kaedah Peneguhan Positif dalam Meningkatkan Prestasi Akademik dan Minat Murid terhadap Mata Pelajaran Sejarah

Ajmi Mahajula, Anuar Ahmad

Keywords:

Kaedah Peneguhan Reinforcement Ujian Pra Ujian Pasca

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan kaedah peneguhan positif dalam meningkatkan prestasi akademik dan minat murid terhadap mata pelajaran Sejarah.  Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kajian kuasi-eksperimen. Kajian ini telah dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kolombong yang terletak di Kota Kinabalu Sabah. Seramai 20 orang murid dipilih melalui persampelan rawak mudah yang terdiri daripada murid-murid tingkatan 3 menjadi sampel kepada kajian ini. Analisis data dijalankan secara statistik deskriftif melalui skor min ujian, peratusan dan juga kekerapan. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan terdapat peningkatan skor min ujian murid selepas ujian pra dan pasca dijalankan. Soal selidik yang dijalankan terhadap responden mendapati strategi kaedah peneguhan positif dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah disukai oleh murid tetapi kurang efektif dalam meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran Sejarah.

Downloads

Published

30-11-2024