Kemahiran Bertutur Pelajar Orang Asli Daripada Aspek Bahasa Melayu Tinggi, Berbudaya dan Santun Berasaskan Kerangka Standard Bahasa Melayu (KSBM)

Authors

  • Fauzi Hasan IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang
  • Mohd Asri Abd Razak IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang
  • Mohd Nor Mohamed IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang
  • A Jailani Che Abas IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang

Keywords:

Bahasa Melayu, pelajar-pelajar Orang Asli, kemahiran bertutur, berbudaya dan santun

Abstract

Kemahiran berbahasa merupakan kemahiran yang penting dalam sebarang bahasa yang digunakan untuk berkomunikasi, memahami makna dan sebagainya. Terdapat empat kemahiran yang perlu dimiliki oleh seseorang, iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan bertutur. Seseorang yang menguasai bahasa tertentu, belum pasti menguasai semua kemahiran dalam bahasa. Antara kemahiran tersebut, kemahiran bertutur merupakan satu kemahiran asas yang perlu dikuasai dengan sebaiknya, khususnya oleh guru-guru. Oleh itu, salah satu aspek yang perlu diteliti dalam kalangan pelajar Orang Asli adalah aspek kemahiran berbahasa yang melibatkan kemahiran bertutur. Kemahiran bertutur sangat penting sebagai asas perhubungan, menyampaikan sesuatu dan menjadi lambang kepada bangsa serta negara. Dalam pertuturan lazimnya, penutur akan menggunakan bahasa campuran, iaitu bahasa seharian (pasar) dan bahasa Melayu formal. Semasa bertutur akan memperlihatkan sikap, sifat dan pemikiran seseorang berdasarkan kata-kata yang diungkapkan. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk melihat kemahiran bertutur dalam kalangan pelajar Orang Asli dengan melihat aspek bahasa Melayu Tinggi, Berbudaya dan Santun. Melalui kajian ini diharapkan dapat melihat tahap penggunaan dan penguasaan bahasa Melayu dengan berbudaya dan santun dalam kalangan pelajar Orang Asli di Institusi Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis Pahang.  Metodologi kajian ini adalah secara kualitatif yang melibatkan temu bual dengan 20 orang pelajar Orang Asli yang sedang melanjutkan pengajian dalam bidang keguruan di IPG.  Data-data daripada temu bual akan dianalisis berdasarkan konsep bahasa Melayu Tinggi, Berbudaya dan Santun. Secara keseluruhannya, pelajar-pelajar Orang Asli menunjukkan kemahiran bertutur yang masih lancar, berbudaya dan santun.

Downloads

Published

30-11-2021